Wednesday, 27 February 2013

cherita ahku

assalammualaikum 
pembuka cherita ku untuk hari ini..
cherita yang akan ku kenang sampai bila-bila
kisah tentang seorang insan yang ku kenal suatu masa dahulu
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

semenjak pertemuan buat kali pertama kalinya yang tanpa di sengaja kan di kedai runcit salleh.. hati ini mula terpesona dengan lirik matanya..
gayanya yang sempai dan ramah membuat aku terasa aku ingin berkenalan dengannya.. tapi apakan daya aku ini seorang gadis yang pemalu.. ku melihat gelagatnya yang memakai baju kerja berwarna merah dan bersarung tangan serta bertopi, mengangkat telur-telur yang di pesan oleh pemilik kedai.. lama juga ku perhatikannya..
dan setelah itu setiap hari rabu aku menunggu kedatanggan nya untuk menghantar pesanan.. dan apabila dia sampai aku merasa gembira dan aku akan mengintainya dari jauh.. itu lah yang ku lakukan pada setiap minggu..
sehingga ke suatu hari..
ketika aku sedang mengisi nombor telefon ku untuk menambah nilai kredit ku... dia pula tiba bersama rakan sekerjanya.. tanpa ku sangka-sangka dia telah mengambil nombor telefon ku melalui buku tambah nilai tersebut... kemudian dia mula menghantar text pesanan ringkas kepada ku..
pada awalnya terasa malas nak layan sebab tak kenal.. tapi kerana aku ingin tahu siapa aku pun membalas pesanan ringkas tersebut,..
setelah dia memperkenalkan dirinya baru lah kau tahu
"ooohhh si abang hantar telur tadi rupanya...." bisik hati ku
hati ku terasa sangat gembira... gembira yang tak terkata... jejaka idaman malaya yang ku intai selama ini telah muncul.. ku sangka kan yang ku hanya melayan perasaan sendiri.. rupanya tidak

namun perkenalan kami  hanya sementara.. kerana dia mula menyepikan diri..
tak mengapalah.. mungkin dia sibuk atau pun takut nanti kekasihnya marah.. aku pun turut menyepikan diri tanpa berhubung dengannya.. akan tetapi nombornya tetap ku simpan...
"maklumlah,.. orang yang di minat kan.."

sepi menyelubungi diri.. setelah beberapa lama aku tidak lagi melihat kelibatnya menghantar telur..
tertanya-tanya juga kemana perginya si dia???
ini membuat ku ingin bertanya ke mana perginya dia.. jadi aku pun hantar pesanan ringkas padanya... 
akhirnya ku diberitahu dia kini berada di kuala lumpur..
sedang menyambung pelajaran katanya
tak mengapalah.. tiada jodoh kot kiranya... sepi sekali lagi menyelubungi diri,,
haaiiisshhhh

kerinduan nie dah lama sangat terkubu di hati. sehingga ke suatu hari hati aku dah sangat memberontak.. hati kata aku nk telefon dia jugak

tut tet tet tet tet
aku dail nombornya..
tuttt tttuutt
AKHIRNYA....
dia menjawab panggilan ku.. berbual punya berbual.. akhirnya ku diberitahu bahawa kini dia berada di johor..dan ketika itu dia sedang bersiar-siar bersama rakan-rakannya di danga city mall.
pada awalnya ku menyangka dia telah menukar nombor telefon tetapi rupanya tidak..
ku masih berpeluang.
selepas itu mula lah kami berbalas massege dan telah menetapkan hari untuk berjumpa buat pertama kalinya

pada hari itu, buat pertama kalinya aku berjumpa dengannya.. sebelum ini hanya melihat wajahnya melalui gamba yang di hantar dan mendengar suaranya melalui telefon.
kini dia berdiri tegap di hadapan ku

ku merenung matanya.. betapa lamanya aku tak berjumpa dengannya, 
malam itu menjadi saksi pertemuan kami di restoren aisyah di senai johor.
setelah itu hubungan kami semakin rapat..bermula menjadi teman biasa kini menjadi teman istimewa
hati ku sangat tertawan olehnya..
diriku berasa sangat selesa pabila berada di sisinya.
hajat dan impianku hanyalah untuk bersama dengannya selamanya..

SEHINGGA KE HUJUNG NAFASKU
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sayang...ketahuilah dikau
behawa ku amat mencintai mu
tak sanggup ku berpisah dengan mu
hati ini menjadi sepi tanpa mu
cinta ini hanya untuk mu
untuk dikau seorang

hati ini

assalamualaikum 
salam rakan blogger ku..
ingin ku kongsi luahan hati ini.. ilham yang ku terima semalam ku oleh menerusi buku dan teros ke blog

kenapa aku suka dia??
kenapa aku cinta dia??
kenapa aku ingin di samping dia??
kenapa aku ingin memiliki hati dia??

semua jawapan itu ada di sini

aku suka kan dia bukan kerana aku wajahnya yang tampan lagi comel, tetapi aku suka kan dia kerana dia mengambil berat tentang diriku
aku cintakan dia bukan juga kerana dia mempunyai harta, tetapi kerana kesetiaannya
aku ingin di sampingnnya bukan kerana aku ingin dia prihatin terhadap aku, tetapi aku ingin jadikannya milik ku selamanya
aku ingin memiliki hatinya bukan kerana wajah, harta, dan juga bukan kerana keprihatinannya, tetapi aku ingin jadikan dia insan terakhirdi dalam hidup ku


Sunday, 24 February 2013

voucher voucher

hollaaa assalamualaikum semua...

maaf la yer dah beberapa hari nie tak update kat sini. bz sedikit dengan kerja..
hari nie makcik nie berbaju kebaya.. baju turun temurun la kater kan.. 
ahax ahax ahax..
by the way saya nak ucapkan terima kasih pada mr.john sebab sepanjang 2 minggu dia bercuti dia dah banyak luangkan masa untuk saya... tapi tak lepas rindu lagi ..
ahax ahax ahax..
hari ni si dhia akan pulang ke ibu kota untuk berkerja . selepas 2 minggu bercuti..
tapi alamak aii.. memang susah nak lepaskan dia pergi..
tapi tak apa demi kerjaya dia di sana saya merelakan dia pulang  ;'(
leleh airmata berjurai...

okey back to the main topic ..
selepas sebulan lebih menunggu akhirnya dapat jugak... 
NAK TAHU AP????
 ----INI DIA----
voucher buku 1 malaysia bernilai rm250
dapat jer voucher nie macam-macam jenis buku saya boleh beli..
bertambah lagi koleksi buku dalam almari ue...
bukan pakai pun just simpan buat collection... sebab minat kan.. lagi-lagi kalau corak muka depan buku tu menarik,, 
memang saya sapu ahax ahax ahax
tapi apa lagi nak beli ek selain dari buku??? stationary la kan...
okex okex..
ader sesapa nak bawa saya ke kedai buku tak??? mesti la ader...
siti fairuz nurain bt hasanuddin la jadi mangsa saya :)

err... dah taka der apa lagi kan.. 
okey cukup sampai di sini sahaja untuk hari ini..

(publish)

Tuesday, 19 February 2013

mowning

(: ....assalamualaikum and good mowning rakan blogger.. :)
pagi-pagi dah bukak blog.. sampai jer kolej blog nie la yang saya bukak untuk update cerita terkini
heheh.. by the way semalam merupakan hari kedua saya berkerja kat parkson sebagai sales assistants..
kerja yang mudah dan tak perlukan tenaga yang banyak.. tapi dudok jer boring pulak rasa..
tapi still okey la.. masih lagi boleh pegang phone..
paling seronok lagi partner saya tu memang sporting.. dia kelakar and suka bercerita.. ceirta tentang hidup dia la.. kenapa dia tak kawen lagi.. kenapa dia kerja dua tempat dalam 1 hari..
tapi nie pun lepas raya dia akan concentrate pada 1 kerja je. 
harap-harap la dia kekal kat parkson tu.. nanti saya bosan pulak sorang-sorang kat maxfacrot tu :"(

 haha bulatnyer muka..tiap-tiap petang begini lah sya..
lepas tamat jer kelas terus bersiap untuk berkerja pula.. berkerja sambil belajar bukan kerana untuk mendapatkan wang semata-mata. tapi untuk mendapatkan pengalaman dalam perkerjaan..
jadi.apabila saya tamat jer belajar nanti saya boleh mengunakan pengalaman yang saya ada untuk mencari kerja yang lebih baek pada masa akan datang :)


hahah gamba tak berapa nak jelas sangaat kan.. tapi still boleh nampak kan..

soo this is mee...
yebbaa nari  mak cik nie memakai baju sepasang kurung nan biru.. :)
baju yang di beli oleh nenek tercinta..
sayang mak..
okey apa lagi nak cerita???/
tak ada dah.. jadi sampai di sini sahaja untuk hari ini..

-----------------------NAK MENYANYI LAGU NIE-----------------------

sepi memeluk diriku

izinkan ku menyentuh hati mu
kerna hati telah tertawan

ooo kekasih ku merenung tiap persoalan
di sebalik mencari jawapan
ketika ku mendamba kan belaian mu
kan terasa hangat nya asmara

oooo kekasih berikanlah kesempatan
membuktikan hati kerinduan

berikanlah daku secebis harapan
untuk aku meluahkan perasaan
kepada mu
kekasih ku tiap waktu merindu mu
hingga terlena di buai waktu
menunggu mu kekasih ku
sehingga ke akhir hayat ku

berikanlah kesempatan
buktikan kerinduan
dan saja diserapkan
luahkan perasaan

kekasih ku tiap wakti merindu mu
hingga terlena di buai waktu
menunggu mu kekasih ku
sehingga akhir hayat ku

ketika ku mendamba kan belaian mu
kan terasa hangatnya asmara
ooo kekasih berikanlah kesempatan
membuktikan hati kerinduan

membuktikan hati kerinduan,,,,

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RINDU YANG TERAMAT PADA INSAN YANG TELAH MENGAMBIL HATI INI



Sunday, 17 February 2013

akhirnya

assalamualaikum kawan blogger ku
setelah menunggu sekian lama akhirnya dapat jugak ku kembali broadband ku
hehe thanks to Mohd Syukri b. Buang sebab kembalikan semua barang-barang ku...
urmm... tak dapat nak kata apa lagi lah... hanya mampu ucap terima kasih jer kat awoq..

holla holla holla..
by the way hari nie dah start kejer... fuh,..gementar sikit la.. kjer tempat baru la kan...
apa-apa pun kita tunggu jer petang nanti.. segala keperluan dah di sediakan 
hanya persediaan diri sahaja yang di perlukan.. okey..
that's all for today :)
assalamualaikum rakan blogger ku...
alhamdulillah.. rakan ku sekarang semakin bersemanggat.. dah semakin ceria... 
bertambah ceria lagi apabila ada insan tersayang di sisinya.. hhue
apa yang telah berlaku sebelum nie awq jadikan lah ia sebagai satu pengajaran supaya ia tidak berlaku lagi k sayang :)

by the way semalam saya lepaking with my gang
hehhe ader jugak si lovely couple nie'' ubaifazz gabungan nama mereka..

haaa nie la mereka.. sweet kan.. dudok dengan mereka nie asyik nak gelak jer.. ader sahaja bende yang nak di bahannya..yang syoknye mereka nie asyk kena amek gamba candid jer.. sampai nak dudok pun da tak senang.. hahah
ingat apa ubai.. hand phone dah ader kat tangan saya mang da tak boleh nak buat pa laa..
lagi-lagi spesis yang macam kamu ni yang susah nak amek gmaba..
memang kena laahh
hahahahah sori ya fazz ya...

kacau punya kacau sampai dah tak sedar dah masok jam 11 malam.. heheh 
apatak nye.. dok kacau orang jer kan.. time tu pun alang-alang kredit tengah tak brapa nak ada.. jadi tu la kejernya... sambil ue mengharap orang tersayang datang... tapi tak datang pun..
:'( nangis la macam nie... WAAAAAAA

tak pe lah. tak dapat nak ngubat rindu.. hurmmm :'(
text pun jadi lahh.. mesti terpikir kan dari mana dapat topap??? dari abah la.. kecek punya kecek tap tap dapat pun.. patut la request ask-a-topap tu abah reject... rupanya abah nak bagi lebih haha
thanks abah..
okey sudah laa.. cukop sampai sini saja.. hahai macam nak menyanyi la pulak..
okey dadaa.. kawan :)

Saturday, 16 February 2013

interbiuuu

assalamualaikum...
last Thursday saya and the geng pegi interview kejer kat parkson di holiday plaza JB. alhamdulillah kami di terima berkerja.. hari isnin nanti start lah... mula-mula tu punya la takot nak interview sebab tengok OP ue macam garang jer... sekali bila dah start borak rupanya dia nie kalau dah bukak topik... cerita sampai besok pagi pun tak habes... greatt.. bos pun okey jer aku tengok.. siap boleh gelak-gelak lagi dengan kitaorang.
mang gerek lah... 
nie pun aku tengah pancing adeq aku untuk join sama-sama kejer dengan aku.. harap la dia nak kann
kesian dia kejer tak ada cuti unjung minggu
lepas tu kene buli lagi dengan assistant supervisor... cam KI*** dia wat adeq saya macam tu..

nie la kami.. masa nie ondaway ke bilik bos... dah mula rasa gementar time nie.. 
tapi kami still cool..kan.. dengan adernyer terong menguatkan lagi semnggat kami hahah

sementara tu saya sempat lagi ambil 1 gamba.. ha.. tengok tuu

kata si terong saya ni memang pantang jumpa cermin nanti mesti nak amek gamba hahahah 
dia jeles tu sebenrnya kann
mengaku jer lah terongg :)

cerita campo-campo

holllaa semua... lama dah saya tak post pape kat blog nie.. tu la asyik dok pandang twitter and facebook jer.. sampai blog nie dah macam tak di endahkan .. hehe tak pe nie saya post ok...

mulakan dengan bismillah-hirrahman nirrahim..
dan assalamualaikum semuaaa.... cuti raya cina hari tu korang ke mana???? cuti panjang kan selama seminggu??? tak ader pegi jalan-jalan ker??? 
cuti raya cina yang lepas saya ke Kuantan, pahang ke rumah ummi saya sebab dia buat kenduri sempena dia nak ke umrah bersama suami dan anak-anak dia... ALHAMDULILLAH...
untung anak-anak ummi... kecik-kecik dah dapat ke tanah suci.. saya entah bila dapat menjejakkan kaki ke sana... harap-harap la saya dapat ke sana sebelum menghembuskan nafaz yang terakhir..

saya bertolak dari felda lok heng lebih kurang dalam pukol 7 pagi.. kemudian tunggu pak uda di tenggaro. sambil tu kami sarapan pagi sekali lah.. sampai jer ummi rupanya kenduri tu dah pun start. start pukol 12.30 tghari.. awal kan??? biasanya kenduri di buat selepas solat zohor... tapi berbeza pulak dengan diorang kat sana.. buat awal sebelum zohor kemudian solat berjemaah..
petang tu  pulak kami sambut ulang tahun kelahiran emak and walid.. ummi beli kek aiskrim coklat.. sedapnye... nyummmyyy..
mula-mula saya bukan maen lagi jual mahal.. kononyer tak nak makan... bila dah rasa , nak lagi tau...

malam tu kami plan nak ke telok cempedak.. tapi dah sampai jer sana... Masyaallah... ramainyer orang... penuh giler arh.. parking pun tak ader dah.. ujung-ujung kami balek..
besok pagi baru kami berjalan.. tu pun ke Gmabang Waterpark je... tu pun mak aiii... ramainyer orang.. dah mcam sardin dah kat dalam waterpark tu.. nak mandi-mandi pun rasa tak selesa sebab terlalu ramai sangat orang.. tak boleh tahan.. tapi saya mandi jugak.. layankan si kecik-kecik tu kan..
by the way thanks to ummi sebab belikan saya baju renang... love you ummi